Saturday, May 8, 2010

Kepercayaan

Sekadar ingin berkongsi bicara, tidak ingin kalian alpa, mudah mudahan perkongsian yang terkandung di dalam blog ini, bisa memberi manfaat kepada jiwa-jiwa yang membacanya..

Saat ini saya ingin membicarakan tentang kepercayaan yang mana kepercayaan menjadi asas dalam sesebuah hubungan.. Perhatikan Rukun Iman yang menjadi tajuk asas pembelajaran buat si kecil yang baru mahu mngerti tentang agama ini, dan juga bagi mereka mereka yang baru ingin belajar tentang agama yang syumul ini...

1)Beriman kepada Allah
2)Beriman kepada Rasul
3)Beriman kepada Kitab
4)Beriman kepada Rasul
5)Beriman kepada hari kiamat
6)Beriman kepada qada' dan qadar

Lihatlah pada perkara yang paling utama dalam barisan rukun ini iaitu beriman kepada Allah yang membawa antara salah satu pengertiannya iaitu percaya kepada Allah..
99% kamu percaya kewujudan Allah, dan 1% kamu tidak percaya, yang mana masih terdapat lagi percikan keraguan tentang kewujudan-Nya di dlm hatimu, maka kamu kafir.. Nauzubillah..
Allah itu perlu diyakini,dipercayai dan diimani secara total 100%, tanpa ragu- ragu, tanpa was-was, dan tanpa prasangka yang mempertikaikan kewujudan-Nya.
Moga-moga tautan hati kita kepadaNya tidak pernah terurai dan terputus.

Bagi memudahkan pemahaman terhadap apa yang ingin saya sampaikan, maka saya ingin mnyertakan sedikit anologinya mudah mudahan pengisiannya mampu dicerna akal..

"Lautan api sanggup kuredahi hanya kerana ingin mendapatkan cintamu"
"Jika dilihat alam ini luas, luas lagi cintaku kepadamu"

"Akanku tunggu dirimu hingga ke akhir hayatku"

Sengaja saya berikan ayat-ayat cinta, dan sengaja juga saya berikan konsep kecintaan sebagai anologinya disini bagi mempermudahkan pengertiaan terhadap apa yang ingin saya sampaikan.. Kecintaan sangat sinonim dalam diri manusia bahkan tidak mungkin dapat dipisahkan memandangkan naluri kecintaan itu adalah satu anugerah yang suci dari Ilahi Rabbi..

Setiap yang perkara yang boleh dibina pasti boleh diruntuhkan.. Setiap perkara yang disemai pasti boleh dicabut.. Begitu jua cinta!!
Kecintaan yang hebat, kecintaan yang luar biasa, boleh dihancurkan hanya dengan sedikit ketidakpercayaan antara pasangan yang saling menyintai..
Bahkan sesebuah institusi kekeluargaan juga boleh hancur dengan tandusnya kepercayaan antara suami isteri..

Untuk membina hubungan, manusia perlu saling mempercayai diantara satu sama lain terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan tahap hubungan yang lebih serius. Adakah kita akan berkenalan rapat dengan orang yang baru dikenali dengan memberikannya maklumat-maklumat peribadi dengan mudahnya? sudah tentu tidak...
jika kita tidak ada rasa percaya sudah pasti hubungan itu tidak menjadi..selalu berprasangka dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain

kerana itu, saya simpulkan bahawa KEPERCAYAAN adalah PERKARA ASAS dalam hubungan. tanpa kepercayaan, tidak ada hubungan. KEJUJURAN, TOLERANSI, BERTIMBANG RASA, DAN SEBAGAINYA, adalah perkara yang membina hubungan. Setelah kita punyai asas, sudah pasti kita memerlukan perkara yang membinanya utk menjadikan sesuatu hubungan itu baik dan harmoni..tidak bolehlah hanya bergantung kepada perkara asas iaitu kepercayaan jika ingin membuahkan hubungan yang baik sesama manusia..

Sepertinya seorang jurutera yang ingin mendirikan bangunan. Bangunan tersebut perlu punyai asas (base) yang kukuh, jika tidak ia akan hancur dan tumbang mnyembah bumi. Namun adakah dengan hanya menanamkan base di dalam tanah sudah dikira sebagai bangunan? sudah tentu tidak.. Ia perlukan batu bata, simen, konkrit, besi dan sebagaimanya untuk membina bangunan yang kukuh dan cantik...

Begitulah juga hubungan..selain daripada kepercayaan sebagai asasnya, ia perlukan juga kejujuran, kesetiaan, tolak ansur, saling memahami dan banyak lagi nilai nilai yang membina hubungan.

Apa yang ingin saya kaitkan dengan kepercayaan dalam konteks keagamaan, jika kita sebagai umat Islam hanya berdiri atas syahadah yang merupakan simbolik kepercayaan kita kepada-Nya, masih tidak cukup untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan Allah.. Masih tidak cukup lagi untuk melambangkan bahawa kita ini umat Islam yang unggul yang mana kata nabi "Islam itu tinggi. tidak ada yang tinggi melainkannya" auqamaqal...

Adakah dengan hanya mengucap syahadah kita boleh menjadi hamba yang soleh?
Adakah dengan hanya mengucap syahadah kita boleh menjadi hamba yang taat kepada-Nya?
Adakah dengan hanya mengucap syahadah kita boleh dikira sebagai muslim yang baik?
Adakah dengan hanya mengucap syahadah kita sudah boleh menjamin bahawa kita terhindar dari neraka yang sengsara?

wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu kedalam agama Islam secara keseluruhannya, janganlah kamu mngikut jejak langkah syaitan, dia itu musuhmu yang nyata
(Al - Baqarah : 208)


Sengaja saya tinggalkan persoalan beserta satu ayat dr Al-Quran Al-Karim untuk kita sama-sama bermuhasabah bg memperbaiki diri..Moga-moga apa yang saya sampaikan ini bisa memberi manfaatnya
Bittaufiq wannajah

Assalamualaikum ~

2 comments: