Tuesday, October 5, 2010

Gempar :: Rahsia Syaitan yang Terbongkar !!

Bismillah..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. nahmaduhu wanasta'inuhu wanastaghfiruhu, wana'uzubillahiminsyururianfusina wasaiyiati'amalina. manyahdihillahhufala mudillalah wamanyudlilfalahadiyalah. asyhhaduallailahaillallah waasyhhaduannamuhammadarrasulullah.

Pertama tamanya marilah kita memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran kita kepada Allah atas segala nikmat pemberian-Nya serta ruang dan peluang yang ada untuk terus bermujahadah dan memperbaiki diri menjadi insan bertaqwa.

Alhamdulillah dengan izin-Nya, serta kekuatan yang diberikanNya, dapatlah saya menyalin kitab lama (tidak secara keseluruhan kitab,hanya perkara yang difikirkan penting sebagai ilmu tambahan kepada para pembaca) yang berjudul Percaturan Politik Syaitan Iblis Memperdayakan Manusia Dari Mulai Rahim (Kandungan) ibunya sampai ke pintu Gerbang Maut hasil tulisan Dr Syeikh H. Djalaluddin sebagai langkah berjaga jaga daripada strategi dan gerak langkah syaitan dalam memperdayakan manusia menuju kesesatan. Semoga ianya bisa memberi manfaat kepada para pembaca.

Diceritakan dalam kitab Al-Arais karangan Abi Ishak halaman 29;

Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Tuhannya.
Iblis : Hai Tuhanku, telah engkau laknat akan daku, dan telah engkau keluarkan aku dari dalam syurga,

Dan telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela, padahal kepada Bani Adam (anak cucu Adam) telah Engkau bangkitkan Rasul-Rasul, maka siapakah Rasul-Rasulku?

Allah s.w.t : Rasul-Rasulmu ialah tukang-tukang tenung

Iblis : Apakah kitab-kitabku?

Allah s.w.t : Wasyam iaitu cerita-cerita atau dongeng-dongengan

Iblis : Apakah hadisku?

Allah s.w.t : Hadismu ialah dusta

Iblis : Apakah bacaanku?

Allah s.w.t : Bacaanmu ialah syair

Iblis : siapakah tukang azanku?

Allah s.w.t: Muazzimu ialah seruling dan serunai

Iblis : Apakah masjidku?

Allah s.w.t : Masjidmu ialah pasar-pasar

Iblis : Apakah rumahku?

Allah s.w.t : Rumahmu ialah kamar mandi

Iblis : Apakah makananku?

Allah s.w.t : Makananmu ialah makanan-makanan yang tidak dibaca di atasnya Bismillah

Iblis : Apakah minumanku?

Allah s.w.t : Minumanmu ialah minuman-minuman yang memabukkan.

Iblis : siapakah pukatku?

Allah s.w.t : pukatmu ialah perempuan-perempuan

Sekian sampai disini dahulu..nantikan sambungan yang seterusnya..

Iza kana u’mri baqian saufa nuqabil, InsyaAllah….























No comments:

Post a Comment