Friday, October 15, 2010

Syaitan,kesombongan dan asal usul kejadian manusia

Syaitan. Nama yang tidak lagi asing dalam kehidupan manusia. Kita mengetahui wujudnya syaitan namun mungkin kita hanya sekadar mengetahui hakikat wujudnya syaitan tanpa mengetahui hakikat pekerjaannya. Jika ditanya apakah pekerjaan syaitan maka akan ada yang jawab “syaitan tugasnya menyesatkan manusia”, “tugasnya nak heret manusia dlm neraka” “syaitan!!huh,jahaatttt!!” dan bla bla bla… macam-macam jawapannya kan..tapi tak mengapa, setiap orang ada pandangannya yang tersendiri. Mungkin pandangannya dari pengalamannya sendri..who knows rite?

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika Kami memerintahkan kepada para malaikat, “tunduklah (beri hormat) kepada Adam!” maka semua malaikat pun tunduk kecuali iblis, ia menentang perintah Allah dengan segala kesombongannya , dan ia termasuk golongan yang kafir (ingkar)

Firman Allah lagi dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim :

Dan ingatlah ketika Kami memerintahkan kepada para malaikat, “tunduklah (beri hormat) kepada Adam!” maka semua malaikat pun tunduk kecuali iblis, seraya ia berkata : patutkah saya bersujud kepada orang yang Engkau jadikan daripada tanah? Lagi berkata iblis itu : Kabarkanlah wahai Tuhan tentang orang yang telah Engkau muliakan daripadaku! Demi apabila Engkau panjangkan umurku sampai hari kiamat, nescaya aku akan perdayakan anak cucu Adam kecuali sedikit sahaja daripada mereka. Maka Allah pun berfirman : Pergilah Engkau bersama-sama orang yang mengikuti jejakmu dari bangsa manusia! Sesungguhnya neraka Jahannam disediakan untuk balasan (ganjaranmu ) sebagai balasan yang sempurna. Gerakkanlah atau ringankanlah mereka yang engkau sanggup menguasainya dengan suaramu! Dan lempari atau hasung olehmu akan mereka dengan tentera-tenteramu yang berkuda dan berjalan kaki, sekutukanlah olehmu akan mereka di dalam harta benda dan anak cucu mereka, janjikan mereka dengan janji-janji yang menarik hati, tidaklah yang dijanjikan syaitan kecuali hanya tipuan semata mata. Sesungguhnya hamba-hambaKu tidaklah dapat engkau kuasainya (memperdayakannya), cukuplah Tuhan engkau menjadi pemimpinnya.

Wahh, panjangnya..(baca jangan tak baca,huhu..) tapi inilah realitinya kejadian syaitan yang dulunya merupakan makhluk yang paling mulia darjatnya tapi kini merupakan makhluk yang paling keji dan hina lantaran kesombongannya kepada Allah. (jadi,bersihkan hati anda dari kesombongan)…

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِيْ قَلْبِهِ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ” قَالَ رَجُلٌ إنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُوْنَ ثَوْبَهُ حَسَنًا, وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ إنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ. َالْكِبْرُ : بَطَرُ الْحَقَّ وَغَمْطُ النَّاسِ ( رواه و مسلم )

Dari ‘Abdullah ibni Mas’ud dari nabi beliau telah bersabda : “Tidak akn masuk syurga seseorang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sekecil debu.” Kemudian seorang laki-laki berkata : “Bagaimana dengan yang menyukai pakaian yang bagus, sandal yang bagus?” maka nabi menjawab : “sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan. Kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” (Rawahul Muslim)

Dalam dunia ni banyak sangat cabang-cabang kesombongan. Kereta,rumah, anak, cucu, (ade jugak cucu ye..)..jadi bila datang rasa sombong tu cepat-cepatlah istighfar. Ingat asal kejadian kita yang asalnya tidak ada apa-apa kelebihan dan keistimewaan.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insaan : 2)

Hanya amal takwa yang akan membezakan dan melebihkan seseorang dari pandangan Allah. Selain dari itu, ianya tidak bernilai. Ingat, sesuatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, bukanlah sekadar nikmat semata mata tetapi terkandung didalamnya ujian dari Allah. Sebagai contoh,bila kita diberi nikmat kecantikan paras, kekenyangan, keamanan, dan sebagainya, Allah nak uji kita ni tahu bersyukur atau tak. Bagaimana kita gunakan nikmat itu sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah. Jadi sentiasalah beringat dengan nikmat-nikmat yang anda perolehi.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w ;

“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan” (Rawahul Bukhari)


Ingatlah asal usul kejadian kita. Selamatkanlah diri kita dari benih kesombongan yang akan menidakkan kelayakan kita untuk menghuni syurga Allah yang maha indah. Kerana perasaan sombong inilah yang menyebabkan syaitan diusir dari syurga dan segala kemuliaannya bertukar menjadi kehinaan. Jadi, cukup jelas ayat dari Al-Quran yang menjelaskan tentang pekerjaan syaitan. Ya, memang benar syaitan tugasnya menyesatkan manusia, menjanjikan nikmat-nikmat yang palsu, tapi marilah kita melihat dari sudut yang sedikit berbeza. Allah menjelaskan hakikat pekerjaan syaitan agak-agaknya kerana apa? Allah tak pula biarkan kita terkapai-kapai didunia tanpa beritahu kita musuh yang sepatutnya kita jauhi. Semua itu tidak lain dan tidak bukan untuk kita sentiasa bersedia menghadapi ujian yang Allah hadapkan kepada kita untuk Allah tengok siapakah diantara hamba-hambaNya yang benar-benar ihklas dalam menyatakan keimanannya kepada Allah. Setiap kata perlukan bukti. Dalam Islam tidak cukup hanya sekadar lafaz syahadah untuk membuktikan bahawa kita adalah hamba yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Tetapi ia seharusnya disusuli dan dibuktikan melalui amalan perbuatan yang diredhai oleh Allah. Contoh yang paling mudah..

“You said that you love me. But how can I know that you love me? What is the prove that you love me?”

Ayat kat atas tu cam penah dengar kan..huhu..Manusia pun nak kan bukti kan..Fitrah manusia yang selalu inginkan bukti untuk memantapkan hati dan kenapa tidak kita buktikan kepada Allah bahawa kita hamba yang taat kepadaNya melalui ketaatan atas perintah dan menjauhi larangannya. Saya kira, cukuplah sekadar peringatan ringkas ini. Semoga ianya membawa kebaikan kepada diri saya dan anda yang membacanya. Teringat saya satu lirik nasyid yang pernah saya dendangkan sewaktu menyertai kumpulan nasyid disekolah dulu..

“Renungi diri siapa kita yang sebenarnya, disisi yang Esa..”

(siapa kita?anda sendiri yang punya jawapannya..)

No comments:

Post a Comment