Saturday, May 8, 2010

Bingkisan Hati

Bukalah akalmu,
Bukalah hatimu,
Luaskan pandanganmu,
Agar jika tak tertunai hajatmu,
Tak tercapai hasratmu, trluka jiwamu,
sakit hatimu, tak didengar katamu,
Tidaklah kau menyalahi takdir atas ujian yang menimpamu...

Tebarkanlah benih-benih keimanan
pada setiap rongga jiwamu,
Agar bercambah tunjang-tunjang ketakwaan dalam setiap hembusan nafasmu,
Dalam setiap gerak langkahmu,
Juga di setiap butir bicaramu..
Yang mengagungkan Allah dalam setiap bicaramu,
tingkahmu jua perjuanganmu...
Syurga yang indah bayarannya susah
Neraka yang sengsara bayarannya mudah..

Mujahid mujahidah tidak harus lelah
Harus terus melangkah gagah
kerana mujahadah tak pernah mudah
Tarbiyahkan hati
Dakwahkan diri
Kau pemenang,
harus terus menang
Kau mujahid mujahidah
harus terus mujahadah

Doaku teman,
Agar dirimu jua keluargamu
Sentiasa berada di bawah lindungan dan bimbingan Allah s.w.t
Amiinnn

~Ansarullah~

No comments:

Post a Comment