Monday, May 17, 2010

Undang - undang Neraka Allah

Undang2 Neraka Allah::


Hawa,peringatan ini untukmu dari Adam, yang kau dambakan perhatiannya utk membimbingmu..maka bacalah dan renungkanlah...


Hawa,

Setiap sehelai rambut wanita yang diperlihatkan kepada lelaki ajnabi diganjar sbyk 10 kali ganda dosa..

Itu hanya utk sekilas pndang,tak trmasuk yg mmandang secara renungan dan trbawa bawa dlm khayalan..

Hawa,

Mengikut kajian, PURATA rambut manusia yang ada dikepala adalah sebanyak 100,000..

100,00 x 10 = 1,000,000 (satu juta dosa), itu hanya utk SEORANG llaki ajnabi yg mlihat auratmu itu..

katakan dalam sehari paling kurang 5 lelaki ajnabi yg mlihat..

5 x 1,000,000 = 5 juta dosa yg boleh diperolehi tak smpai 5 saat..

dan ketahuilah, smada kita tahu atau tak, dalam sehari ada berpuluh ribu saat yang perlu kita lalui untuk sampai pada keesokan harinya..(jika umur panjang)

katakan pula aurat dibiarkn utk ditatap oleh lelaki-lelaki ajnabi selama 20 tahun kita hidup didunia...

5 juta x 20 = 100 juta..wowww

Itu kalau sehari 5 orang sahaja yang melihat..klau 10? 20? 50?


Hawa,

Aurat itu terbahagi kepada 3

Pertama,yang terzahir...tanpa engau menutupkan bahagian-bahagian yang sepatutnya engkau hijabkan dari pandangan liar lelaki ajnabi..

Kedua, yang ternampak setelah engkau tutup..bermakna engkau memakai pakaian pakain yang kainnya nipis dan jarang sehingga menampakkan susuk tubuhmu..

Yang terakhir adalah apabila engkau berpakain, engkau berpakaian mengikut bentuk tubuh..itu juga adlah aurat..

Apabila sudah datang ketetapan dari Tuhan buat dirimu,maka kau ikutlah..ketetapan ketetapan itu bukan bermaksud untuk mnyusahkanmu,tetapi hanya semata mata untuk melindungi dirimu,maruahmu dan jua harga dirimu kerana kau sangat istimewa...=)


Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung diatas neraca yang mana hitungannya nanti sangat teliti..

Pada saat perbicaraan tentang dosa pahala yang engkau kerjakan, Allah lah yang mnjadi hakimnya dan dirimu sendrilah, tangan,kaki,jari,rambut dan segala yang ada pada dirimu, akan menjadi saksi pada setiap perlakuanmu...tidak akan ada lagi tipu muslihat yang akan membolehkan engkau terlepas dari hitungan Allah..Lidahmu yang kini boleh petah berbicara akan tertutup rapat di yaumil mahsyar..

Setiap manusia akan diadili seadil adilnya..dan berbahagialah orang-orang yang ketika didunianya sentiasa takut dan mncari cari keredhaan Allah azza wa jalla...


"Mereka akan mendapat bahagian sesuai dengan yang mereka usahakan, Allah Maha Cermat dan cepat dalam menghitung amal hamba-Nya"..

(Al-Baqarah :: 202)


"Apabila kamu mnyimpang dari jalan Allah, setelah keterangan dan bukti kebenarannya kamu ketahui,

maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

(Al-Baqarah :: 209)


Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam agama Islam secara keseluruhannya (mematuhi segala hukum-hakamnya) dan janganlah kamu mengikuti jejak lagkah syaitan,

dia itu adalah musuhmu yang jelas.

(Al- Baqarah :: 208)


Hawa,

Kerana aku ini imammu, maka hal ini seharusnya aku sampaikan...

Longgarkanlah yang ketat, tutupkanlah yang terbuka..

Gmbar- gambar yang memperlihatkan auratmu,buanglkanla kerana semata mata untuk mncari keredhaan Allah...Tidak ada kebahagian dalam kemurkaan Allah wahai Hawa..

Janganlah kerana ketaksuban dirimu dalam memperhiaskan dan mencantikkan diri di dunia ini membuatkan engkau hodoh dan sengsara di akhirat..


maafkan daku dalam berbicara..

hanya mahukan yg trbaik buat drimu..

~ Abdullah ~

No comments:

Post a Comment