Tuesday, October 5, 2010

Fanatikkah?

“Apalah kau ni, belajar agama je..macam mana nak maju..bosanlah kau ni”
“Nak blaja agama tak salah, tp janganlah fanatik sangat..”
"Apa barang bro lu baik-baik camni,tak rock la der.."

Begitulah ragam yang sering kelihatan masa kini. Islam dimata Muslim semakin tidak relevan dengan peredaran zaman. Antara kata mereka, Islam cuma menjumudkan pemikiran dan membataskan perbuatan. Perkara sebegini merupakan satu perkara yang boleh dianggarkan melalui sabda Rasulullah s.a.w;

Islam itu bermula asing dan akan kembali asing. Berbahagialah Ghuraba.
Bertanya sahabat: Apakah Ghuraba itu ya Rasulullah?
Berkata Nabi: Orang yg menghidupkan sunnahku setelah ramai orang mematikannya.

Kita sedang melewati zaman yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu akhir zaman. Bukanlah zaman itu yang penting dan ingin diketengahkan. Apa yang penting adalah siapa dan bagaimana kita menghadapi zaman yang kian runcing keadaannya. Kerana kita bukanlah ditinggalkan tanpa panduan, tanpa pedoman, kerana Allah telah menurunkan kitab suci Al-Quran, disusuli penerangan dan contoh ikutan dari NabiNya, Muhammad s.a.w sebagai panduan untuk menghadapi hari-hari di muka bumi ini. Ramai ulama, mursyid dan pendakwah yang sentiasa berkobar semangatnya menyampaikan dakwah di muka bumi ini namun tidak ramai yang mengambil iktibar dan pengajaran. Ada yang langsung terus melupakan agamanya, ada yang mengambil separuh dari agamanya dan ada juga yang mengamalkan segala ajaran Islam, Alhamdulillah.

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim;

…Adakah kamu hanya beriman dengan sebahagian perintah kitab dan mengingkari sebahagian yang lain?
Maka tidak ada balasan bagi yang berbuat demikian, melainkan kehinaan didalam kehidupan dunia sedang diakhirat dicampakkan ke dalam seksa yang amat dahsyat, Allah sama sekali tidak lengah terhadap segala perbuatanmu.
(Al-Baqarah : 85)

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim;

Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, dia itu musuhmu yang jelas.
(Al-Baqarah : 208)

Begitulah gesaan dan suruhan Allah supaya kita mengikut segala garis panduan dan haluan yang telah diturunkanNya didalam mushaf yang mulia Al-Quran Al-Karim serta melalui contoh teladan Rasulullah s.a.w sebagai penterjemah melalui perbuatan dan perkataan yang menjadi sunnah yang harus diikuti dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Orang yang mengamalkan segala perintah Allah dan Rasul maka baginya kemenangan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t menerusi Al-Quran Al-Karim;

Kemudian sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh bahawa bagi mereka syurga-syurga yang dihiasi oleh sungai-sungai yang mengalir. Setiap kali mereka mendapat rezeki dari buah-buahan didalam syurga, mereka mengatakan ,”Rezeki ini adalah rezeki yang telah diberikan kepada kami sebelum ini, mereka mendapat rezeki yang serupa (ttapi berlainan hakikatnya). Mereka juga disediakan isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, dan mereka kekal didalamnya.”
(Al-Baqarah : 25)

Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya.
(An Nisaa' : 175)

Dalam kehidupan mesti ada panduan iaitu Islam. Dan Islam (sebagai panduan) pula menyempurnakan kehidupan. Islam dan kehidupan itu tidak akan dapat dipisahkan. Kedua duanya saling melengkapi. Kata ahli falsafah barat;

“Orang yang tidak mempunyai panduan dalam kehidupannya akan mengambil masa berjuta tahun untuk hidup sempurna berbanding orang yang mempunyai panduan dalam kehidupannya.”

Mari kita renungkan sejenak...
Anda semua pastinya penah belajar matematik. Untuk menyelesaikan masalah matematik pastinya kita memerlukan rumus atau formula untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dengan adanya rumus, permasalahan itu dapat diselesaikan mungkin tidak sampai 5 minit. Tetapi jika anda tidak mempunyai rumus, pasti anda memerlukan masa berjam jam, buku yang tebal dan berjilid jilid, malah mungkin ada juga yang berputus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hampir mustahil untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa rumus bukan? Rumus itu merupakan panduan untuk menghadapi masalah dengan cara yang betul dan tepat. Rumus yang kita gunakan itu sehingga kehari ini merupakan hasil dari pemikiran-pemikiran ilmuan terdahulu seperti Al-Khawarizmi dan lain-lainnya yang mengabdikan diri memikirkan kehebatan dan ilmu-ilmu Allah. (Semoga mereka mendapat naungan dan keampunan Allah).

Begitu juga dengan agama Islam. Ianya merupakan panduan dan pedoman untuk kita hidup bahagia dan sentosa. Islam bukan sahaja membicarakan tentang pengabdian kepada pencipta tetapi merangkumi juga sistem,cara dan panduan untuk hidup sempurna. Orang yang tidak mengikut panduan yang diberikan Allah kepada manusia, tidak akan tenang dan bahagia hidupnya. Mereka tertawa tetapi di dalam jiwa mereka penuh penyesalan dan kehampaan. Mereka melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi kekosongan hidup mereka tetapi hakikatnya jiwa mereka tetap kosong dan merasa tidak puas hidup, mencintai dunia dan takut mati. Sedangkan bagi mereka yang tahu hakikat kehidupan dunia pasti ingin segera dipanggil Allah memandangkan tidak sanggup untuk menanggung beratnya ujian dan dugaan untuk istiqamah merealitikan panduan yang di berikan Allah kedalam kehidupan seharian kita. Subhanallah Allahhuakbar.

Mereka yang ingkar samada pada sebahagian dan keseluruhan panduan yang diberikan Allah akan hidup susah dan tersesat.
Firman Allah s.w.t;

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.
(Az-Zukhruff : 36,37)

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan didunia apa yang Kami kehendaki untuk sesiapa yang Kami kehendaki, kemudian Kami jadikan untuknya neraka Jahannam (di akhirat kelak); dia memasukinya dalam keadaan dicela dan dijauhkan daripada rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha untuk mendapatkannya dengan mengerjakan amal-amal yang selayaknya, sedangkan dia beriman, maka merekalah yang akan diterima amalan mereka dan diberi pahala oleh Allah
(Al-Isra’ : 18,19)

Orang yang tidak menerima Islam sebagai panduan hidupnya tidaklah akan dikira segala amalan kebaikan yang dilakukannya sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 23

Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan
(Al-Furqaan : 23)

Justeru, istilah fanatik tidaklah sesuai dalam mendefinisikan usaha mendalami dan mempelajari ilmu agama kerana mendalami ilmu tersebut merupakan fardhu ain yang mana hendak tak hendak mesti didalami dan dihayati oleh setiap individu yang menjadikan Islam sebagai pedoman dan pegangannya. Marilah kita mengambil iktibar dari apa yang disampaikan. Marilah kita sama-sama menjawab pertanyaan yang diajukan Allah di dalam kitabNya dalam surah Al-Hadid ayat 16 yang berbunyi:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah turun Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
(Al Hadid: 16)

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat dari apa yang disampaikan. Saya sudahi artikel ini dengan satu firman Allah yang merupakan ancaman dan kutukan bagi sesiapa yang tidak menggunakan nikmat pemberian Allah untuk memikirkan keesaan dan kekuasaan Allah azza wa jalla. Semoga ayat ini dengan izin-Nya dapat membuka pintu hati kita untuk menerima kebenaran dan memacu diri menjadi mukmin bertaqwa.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mmpunyai mata tetapi tak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah org-orang yg lalai!!
(Al-A’raf : 179)

No comments:

Post a Comment